Assalamualaikum~~!!
Hari ini aku nak story mory about novel yg aku baru habiskan.
Tajuknya~~!!
+
+
BIARLAH IA BERLALU
sINoPSIS:-
Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.
Lima tahun Nadia membawa diri ke luar negara di samping mempelajari selok-belok perniagaan daripada Jason, seorang ahli perniagaan yang berjaya di UK. Dalam tempoh itu juga Nadia telah berjaya menubuhkan Friends Corporation di Malaysia sambil dibantu oleh dua sahabat karibnya: Tiara dan Baby. Nadia memberi sepenuh kepercayaan kepada dua sahabatnya itu untuk menerajui Friends Corporation di samping mempunyai muslihatnya tersendiri. Setelah mendapat tahu Johan akan berkahwin dengan Erin, Nadia pulang ke tanah air dengan membawa seribu satu azam.
Di Syarikat Friends Corporation telah menemukan Nadia dengan Syafiq, akauntan hebat syarikat mereka. Namun, untuk melicinkan rancangan balas dendamnya terhadap Tan Sri Khalid, Nadia terpaksa merahsiakan identitinya sebagai pemilik sebenar Friends Corporation daripada sesiapa termasuk ibu, Abang Im dan juga Syafiq. Oleh itu, Nadia memohon jawatan sebagai setiausaha kepada Syafiq a.k.a Lion King! Sikap keras kepala dan suka melawan Nadia menyebabkan Syafiq tertarik untuk menerima Nadia sebagai setiausahanya. Pelik! Namun, di sebalik sikap Si Lion King dan keras kepala Nadia sebenarnya telah menimbulkan satu perasaan halus dalam diri masing-masing tetapi kedua-duanya menafikan. Bagi Nadia, Syafiq telah mempunyai seseorang yang istimewa yang bernama Mia Khaisarah manakala bagi Syafiq, terlalu banyak rahsia dalam diri Nadia yang membuatnya keliru.
Adakah benar Nadia di mata Syafiq hanyalah seorang setiausaha ‘kesayangan’nya sahaja? Bila pula Nadia akan menonjolkan dirinya yang sebenar dan bagaimana dengan reaksi Syafiq? Seterusnya, terbalaskah dendam Nadia terhadap Tan Sri Khalid? Bagaimana pula dengan Johan? Dapatkah dia menerima kebenaran di atas apa yang pernah berlaku ke atas Nadia? Bagaimana pula kisah sahabat baiknya Tiara dan Baby dalam menerajui Friends Corporation? Atau Nadia akan biarkan semuanya berlalu….
Novel BIB ini aku dah 3 hari habiskan...dalam masa sehari..setebal seribu lebih pages...erk?banyak kan?ish..ish..memang banyak giler..novel paling tebal pernah aku baca. tapi mmg aku pernah menyesal baca nvl ni sebab mmg terbaekkkkkk sgt. mmg novel ini sesuai dgn jiwa aku..so.korang boleh agaklah kan sedikit sebanyak tentang jalan cerita ini. hurmmm...mula2 aku baca sinopsis..aku agak dalam tahap keBESTan novel ini dalam 50-50 aje. sebab mmg aku suka kalau perempuan lebih kaya dari lelaki. i feel something wrong...hahahhaa...but just forget it. mmg salah tanggapan aku. perempuan or lelaki yg kaya itu bukan ukuran. errrk? apa yg aku melalut ni?..hahahahha.....so, aku nak luahlah tahap keBESTan novel ini. ala2 kitab ini. memang tebal nak mampus.
+
+
Nadia- nadia aku tengok memang seorang yg berkaliber,sempoi, tegas dan sangat panas baran serta degil teramat sangat. dalam novel ini, memang Kak Sha betul2 wujudkan watak itu dgn real. sampai aku dapat rasakan.
Syafiq- seorang akautan syarikat yang sangat cerewettttttt...aku baca pun kadang2 menyampah sgt...hahahhaa...tapi baik dan stylo. hihihi...kacak? of course kacak banget...kahkahkah.!!~~
aku dapat ulas dua watak utama ajelah..kalau nak ulas semua...mau post paling panjang...hahahahhaa....tapi suka juga ngan watak JOHAN*sme nma ngan hero aku*...kkk....sebab johan ini tak jahat tapi cuma pe'el dia aje tu pun sbb terpengaruh ngan family dia.
Bila aku baca novel ini, memang aku baca sebutir2 ayat. perkataan. sbb sayang nak tinggal. ayat yang disusun oleh Kak Sha memang terbaek!!!~~hahahhaa....olahan cerita padat,kemas,berisi dan macam2 ag komen positif...hahahhaa....n then bila aku habis baca. aku terus add Kak Sha kat fb. siap jugak chat ngan dia...n dia sgt baik..hahahhaha....
ni komen aku ngan dia. ms tu dia post thnks add dia..baik kan dia?hihi
+
+